Hudanur.com

Hudanur adalah portal membeli-belah secara dalam talian yang bermula pada tahun 2009. Hudanur semakin popular pada tahun-tahun 2010 hingga 2012 dengan keunikannya memasarkan produk-produk tudung yang menepati kehendak syariat Islam.

Pada akhir tahun 2012, Hudanur berhenti beroperasi kerana pemilik Hudanur sedang sibuk menyambung pengajian di peringkat master dan  PhD. Selesai menamatkan pengajian PhD pada awal tahun 2019, Hudanur kini beroperasi semula. Kini, Hudanur telah pun mempunyai "team" yang akan membantu menguruskan perniagaan ini.

Hudanur juga akan memulakan langkah menyajikan produk-produk tudung labuh pelbagai brand untuk terus mewarnai dunia membeli-belah dalam talian. Kini, Hudanur membuat penghantaran ke seluruh dunia.

Hudanur pernah aktif di media sosial  seperti Facebook pada ketika awal penubuhannya, namun kini Hudanur memfokuskan kepada laman web sahaja. 

Kepada pelanggan-pelanggan lama dan setia, Hudanur kembali semula dengan menyediakan keperluan para muslimah seperti mana yang anda mahukan.


Salam sayang dari pengasas Hudanur.

Dr Noraini.